Assalamualaikum...
Selamat datang diucapkan kepada para pelawat Blog Isda Creative ini. Pada para bakal pengantin yang sedang mencari perkhidmatan di Isda Creative, jangan segan silu untuk menghantar email pertanyaan. Kami sedia membantu anda.
Berbalik kepada tajuk di atas, kami Isda Creative telah terlibat dalam melancarkan beratus majlis perkahwinan sejak 2009 lagi. Dari majlis perkahwinan di rumah, majlis perkahwinan di dewan mahupun majlis perkahwinan di hotel-hotel.
Setelah banyak majlis perkahwinan yang kami kordinasikan, kami mengambil kesimpulan bahawa pengacaraan majlis amatlah penting bagi majlis perkahwinan. Tak kirala majlis di rumah, dewan mahupun dewan.
Jangan beranggapan bahawa majlis perkahwinan di rumah tak perlukan pengacaraan. Tanpa pengacaraan dan kordinator yang berpengalaman, pasti majlis anda akan menjadi sedikit kelam kabut.
Kepentingan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda adalah kerana:
1. Tanpa pengacara majlis dan koordinator, majlis anda akan menjadi tidak terancang dan tidak mengikut masa yang ditetapkan.
2. Sesuatu acara itu bakal mengambil masa yang lama. Seperti contoh acara makan beradab. Tanpa pengacaraan, pihak yang bakal duduk di meja makan beradap pasti sukar untuk diaturkan. Begitu juga semasa acara merenjis/Menepung tawar. Ini akan menyebabkan masa menjadi panjang.
3. Majlis menjadi acara tangkap muat. Tiada pengacara bakal menyaksikan majlis anda menjadi kucar-kacir. Tiada pengumuman mahupun keterangan berkenaan majlis.
4. Dengan adanya pengacara majlis, tetamu bakal dihiburkan dengan keletah pengacara dan dengan itu majlis anda tidak kosong.
Ini adalah antara keperluan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda. Kami menulis kepentingan ini berdasarkan pengalaman kami kerana kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Pengacaraan dan PA Sistem. Malah kami juga menyediakan khidmat tarian majlis perkahwinan dan juga silat.
Jika kami pergi ke majlis yang tidak menggunakan khidmat pengacaraan dan PA Sistem kami, didapati sesetengah majlis sukar ditentukan waktu membuat persembahan dan juga waktu bersandingnya. Jadi, sekali lagi ditekankan bahawa pengacaraan majlis sangat penting bagi setiap majlis perkahwinan.
Jika anda berminat dengan khidmat yang kami tawarkan seperti PA Sistem berpengacara majlis/DJ, Penyanyi, Tarian Majlis Perkahwinan, Silat Majlis Perkahwinan, Gamelan Majlis Perkahwinan, Kompang Majlis Perkahwinan dan juga khidmat Katering Majlis Perkahwinan, bolehla ke laman hubungi kami. kami sedia membantu anda.
Setiap khidmat pakej yang kami tawarkan, ia disertakan dengan khidmat nasihat koordinasi majlis secara percuma.
Sekian,
Razis
Pemilik Isda Creative Consulting.
http://www.myrazis.com




Categories :
9:16 AM
Razis Hamit


1 comments:
Assalamualaikum!
Kepada mereka yang sedang mencari khidmat Pengacara majlis perkahwinan, kami di Qiyasari boleh menyelesaikan masalah anda. Kami menyediakan perkhidmatan Pengacaraan Majlis, Menulis Skrip Pengacaraan, Khidmat-Nasihat Pengurusan Majlis, dan lain-lain. Untuk sebarang pertanyaan, anda dialu-alukan untuk terus post di page Facebook Qiyasari ini atau emelkan terus kepada azreeariffin@gmail.com.
http://www.facebook.com/pages/QiyaSari-Wedding-Emcee/201179599963747
Post a Comment