Thursday, August 25, 2011

Promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011.

Assalamualaikum...

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kami di Isda Creative Consulting bakal mengadakan promosi PA Sistem untuk majlis rumah terbuka Hari Raya.

Melalui Promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya ini, kami menawarkan perkhidmatan PA Sistem + Karaoke Set dengan harga serendah RM350.00.


Harga ini adalah untuk kawasan Kepong, Damansara, Selayang, Cheras, Ampang, Rawang, Gombak, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya. Untuk kawasan luar dari dinyatakan di atas, cas pengangkutan tambahan akan dikenakan.

Dengan pakej Promosi ini, kami menyediakan DJ dalam Perkhidmatan PA Sistem Rumah terbuka ini dan akan cover majlis selama 5 jam sahaja. Cas lain akan dikenakan jika lebih dari 5 jam perkhidmatan.

Untuk mendapatkan pakej promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya ini, sila hubungi kami melalui email admin@isdacreative.com atau hubungi no di laman Hubungi Kami.

Monday, August 22, 2011

Kepentingan Pengacaraan Dalam Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum...

Selamat datang diucapkan kepada para pelawat Blog Isda Creative ini. Pada para bakal pengantin yang sedang mencari perkhidmatan di Isda Creative, jangan segan silu untuk menghantar email pertanyaan. Kami sedia membantu anda.

Berbalik kepada tajuk di atas, kami Isda Creative telah terlibat dalam melancarkan beratus majlis perkahwinan sejak 2009 lagi. Dari majlis perkahwinan di rumah, majlis perkahwinan di dewan mahupun majlis perkahwinan di hotel-hotel.

Setelah banyak majlis perkahwinan yang kami kordinasikan, kami mengambil kesimpulan bahawa pengacaraan majlis amatlah penting bagi majlis perkahwinan. Tak kirala majlis di rumah, dewan mahupun dewan.


Jangan beranggapan bahawa majlis perkahwinan di rumah tak perlukan pengacaraan. Tanpa pengacaraan dan kordinator yang berpengalaman, pasti majlis anda akan menjadi sedikit kelam kabut.

Kepentingan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda adalah kerana:

1. Tanpa pengacara majlis dan koordinator, majlis anda akan menjadi tidak terancang dan tidak mengikut masa yang ditetapkan.

2. Sesuatu acara itu bakal mengambil masa yang lama. Seperti contoh acara makan beradab. Tanpa pengacaraan, pihak yang bakal duduk di meja makan beradap pasti sukar untuk diaturkan. Begitu juga semasa acara merenjis/Menepung tawar. Ini akan menyebabkan masa menjadi panjang.

3. Majlis menjadi acara tangkap muat. Tiada pengacara bakal menyaksikan majlis anda menjadi kucar-kacir. Tiada pengumuman mahupun keterangan berkenaan majlis.

4. Dengan adanya pengacara majlis, tetamu bakal dihiburkan dengan keletah pengacara dan dengan itu majlis anda tidak kosong.

Ini adalah antara keperluan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda. Kami menulis kepentingan ini berdasarkan pengalaman kami kerana kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Pengacaraan dan PA Sistem. Malah kami juga menyediakan khidmat tarian majlis perkahwinan dan juga silat.

Jika kami pergi ke majlis yang tidak menggunakan khidmat pengacaraan dan PA Sistem kami, didapati sesetengah majlis sukar ditentukan waktu membuat persembahan dan juga waktu bersandingnya. Jadi, sekali lagi ditekankan bahawa pengacaraan majlis sangat penting bagi setiap majlis perkahwinan.

Jika anda berminat dengan khidmat yang kami tawarkan seperti PA Sistem berpengacara majlis/DJ, Penyanyi, Tarian Majlis Perkahwinan, Silat Majlis Perkahwinan, Gamelan Majlis Perkahwinan, Kompang Majlis Perkahwinan dan juga khidmat Katering Majlis Perkahwinan, bolehla ke laman hubungi kami. kami sedia membantu anda.

Setiap khidmat pakej yang kami tawarkan, ia disertakan dengan khidmat nasihat koordinasi majlis secara percuma.

Sekian,
Razis
Pemilik Isda Creative Consulting.
http://www.myrazis.com

Tuesday, August 2, 2011

Promosi Silat Bulan Ramadhan


Promosi ini sah untuk tempahan pada bulan Ramadhan ini. Ini bermakna, sebarang pembayaran Booking yang diterima pada bulan Ramadhan (Ogos) ini layak mendapat harga promosi ini.

Harga promosi Ramadhan ini adalah RM300.00 untuk 2 kali persembahan silat di majlis perkahwinan.

Boleh rujuk video disebelah untuk contoh persembahan silat yang pernah dipersembahkan.

Hubungi kami untuk tempahan segera.

Lain-lain promosi pun ada:
Promosi Ramadhan PA Sistem dan Tarian.

Popular Posts