Monday, November 28, 2011

Testimoni Dari Haizum Shamimi - 13.11.2011

Alhamdulillah.

Memang seronok klu customer puas hati dengan performance yang diberikan. Apa pun tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pasangan Haizum Shamimi atau nama manjanya Mimi dan suami tercintanya Amar.

Kami dari Team Isda Creative mendoakan kalian kekal sehingga ke akhir hayat.


Saturday, October 8, 2011

Pakej Promosi Hujung Tahun Isda Creative - Closed

Di Sini Isda Creative mengumumkan promosi sempana Hujung Tahun 2011. Year End Promotion 2011.


Promosi Hujung Tahun Isda Creative yang ditawarkan adalah seperti berikut:

1. Promosi Pakej Hiburan Lengkap Isda Creative RM1,600.00 RM1,700.00.
- Pakej Hiburan Lengkap Isda Creative merangkumi perkhidmatan i. PA Sistem, ii. Tarian, iii. Pengacara Majlis/DJ, iv. Persembahan Silat, v. Kompang, vi. Penyanyi dan vii. Khidmat Nasihat secara percuma.

2. Promosi Sewaan PA Sistem Majlis Perkahwinan RM550.00 RM600.00
- Sewaan PA Sistem ini beserta barangan PA Sistem berkaraoke, Pengacara Majlis, Penyanyi dan krew teknikal. Serta alat perhubungan Walkie Talkie bagi memudahkan perhubungan.

3. Promosi Sewaan PA Sistem Percuma 1 Tarian Kanak-Kanak RM600.00 RM700.00
- Pakej PA Sistem seperti biasa cuma 1 penambahan iaitu tarian kanak-kanak yang berpengalaman dalam tarian majlis perkahwinan dan lain-lain majlis.


4. Promosi Tarian Kanak-Kanak RM450.00 RM550.00
- 3 persembahan tarian kanak-kanak sewaktu ketibaan pengantin, pengantin bersanding dan semasa makan beradab.

Ini dia promosi hujung tahun Isda Creative. Cepat buat tempahan anda sebelum promosi ini tamat ataupun tarikh sudah dipenuhi.

Untuk membuat tempahan tarikh (Booking Date) hanya perlu bayaran sebanyak 10%.

Hubungi kami untuk sebutharga (quotation) secara lebih terperinci.

***Harga tertakluk pada kawasan Kuala Lumpur. Cas pengangkutan akan dikenakan jika luar Kuala Lumpur. Boleh hubungi kami untuk mengetahui lokasi majlis anda di dalam atau di luar kawasan.

Tuesday, September 6, 2011

Testimoni dari Julia dan Pasangan pada 24 Julai 2011

"Terima kasih tidak terhingga juga kepada ISDA Creative Consulting yang banyak mengkoordinasi majlis perkahwinan kami di Dewan Wisma Sejarah...cukup gilang gemilang.


Persembahan yang cukup mantap dari penari2 cilik ISDA Creative, ahli2 silat yg cukup lincah, ahli2 kompang yg cukup bertenaga hadir utk memeriahkan majlis dan juruacara majlis yg betul2 komitmen serta penyanyi yg cukup merdu...

Terima kasih ISDA!"


Thursday, August 25, 2011

Promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2011.

Assalamualaikum...

Sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba kami di Isda Creative Consulting bakal mengadakan promosi PA Sistem untuk majlis rumah terbuka Hari Raya.

Melalui Promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya ini, kami menawarkan perkhidmatan PA Sistem + Karaoke Set dengan harga serendah RM350.00.


Harga ini adalah untuk kawasan Kepong, Damansara, Selayang, Cheras, Ampang, Rawang, Gombak, Petaling Jaya dan kawasan sekitarnya. Untuk kawasan luar dari dinyatakan di atas, cas pengangkutan tambahan akan dikenakan.

Dengan pakej Promosi ini, kami menyediakan DJ dalam Perkhidmatan PA Sistem Rumah terbuka ini dan akan cover majlis selama 5 jam sahaja. Cas lain akan dikenakan jika lebih dari 5 jam perkhidmatan.

Untuk mendapatkan pakej promosi PA Sistem Rumah Terbuka Hari Raya ini, sila hubungi kami melalui email admin@isdacreative.com atau hubungi no di laman Hubungi Kami.

Monday, August 22, 2011

Kepentingan Pengacaraan Dalam Majlis Perkahwinan.

Assalamualaikum...

Selamat datang diucapkan kepada para pelawat Blog Isda Creative ini. Pada para bakal pengantin yang sedang mencari perkhidmatan di Isda Creative, jangan segan silu untuk menghantar email pertanyaan. Kami sedia membantu anda.

Berbalik kepada tajuk di atas, kami Isda Creative telah terlibat dalam melancarkan beratus majlis perkahwinan sejak 2009 lagi. Dari majlis perkahwinan di rumah, majlis perkahwinan di dewan mahupun majlis perkahwinan di hotel-hotel.

Setelah banyak majlis perkahwinan yang kami kordinasikan, kami mengambil kesimpulan bahawa pengacaraan majlis amatlah penting bagi majlis perkahwinan. Tak kirala majlis di rumah, dewan mahupun dewan.


Jangan beranggapan bahawa majlis perkahwinan di rumah tak perlukan pengacaraan. Tanpa pengacaraan dan kordinator yang berpengalaman, pasti majlis anda akan menjadi sedikit kelam kabut.

Kepentingan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda adalah kerana:

1. Tanpa pengacara majlis dan koordinator, majlis anda akan menjadi tidak terancang dan tidak mengikut masa yang ditetapkan.

2. Sesuatu acara itu bakal mengambil masa yang lama. Seperti contoh acara makan beradab. Tanpa pengacaraan, pihak yang bakal duduk di meja makan beradap pasti sukar untuk diaturkan. Begitu juga semasa acara merenjis/Menepung tawar. Ini akan menyebabkan masa menjadi panjang.

3. Majlis menjadi acara tangkap muat. Tiada pengacara bakal menyaksikan majlis anda menjadi kucar-kacir. Tiada pengumuman mahupun keterangan berkenaan majlis.

4. Dengan adanya pengacara majlis, tetamu bakal dihiburkan dengan keletah pengacara dan dengan itu majlis anda tidak kosong.

Ini adalah antara keperluan pengacaraan dalam majlis perkahwinan anda. Kami menulis kepentingan ini berdasarkan pengalaman kami kerana kami bukan sahaja menyediakan perkhidmatan Pengacaraan dan PA Sistem. Malah kami juga menyediakan khidmat tarian majlis perkahwinan dan juga silat.

Jika kami pergi ke majlis yang tidak menggunakan khidmat pengacaraan dan PA Sistem kami, didapati sesetengah majlis sukar ditentukan waktu membuat persembahan dan juga waktu bersandingnya. Jadi, sekali lagi ditekankan bahawa pengacaraan majlis sangat penting bagi setiap majlis perkahwinan.

Jika anda berminat dengan khidmat yang kami tawarkan seperti PA Sistem berpengacara majlis/DJ, Penyanyi, Tarian Majlis Perkahwinan, Silat Majlis Perkahwinan, Gamelan Majlis Perkahwinan, Kompang Majlis Perkahwinan dan juga khidmat Katering Majlis Perkahwinan, bolehla ke laman hubungi kami. kami sedia membantu anda.

Setiap khidmat pakej yang kami tawarkan, ia disertakan dengan khidmat nasihat koordinasi majlis secara percuma.

Sekian,
Razis
Pemilik Isda Creative Consulting.
http://www.myrazis.com

Tuesday, August 2, 2011

Promosi Silat Bulan Ramadhan


Promosi ini sah untuk tempahan pada bulan Ramadhan ini. Ini bermakna, sebarang pembayaran Booking yang diterima pada bulan Ramadhan (Ogos) ini layak mendapat harga promosi ini.

Harga promosi Ramadhan ini adalah RM300.00 untuk 2 kali persembahan silat di majlis perkahwinan.

Boleh rujuk video disebelah untuk contoh persembahan silat yang pernah dipersembahkan.

Hubungi kami untuk tempahan segera.

Lain-lain promosi pun ada:
Promosi Ramadhan PA Sistem dan Tarian.

Sunday, July 10, 2011

PA Sistem, Tarian dan Katering Isda Di Dewan Serbaguna Damansara Damai

Perkhidmatan Katering Perkahwinan Isda bertempat di Damansara Damai. Isda Creative bertindak sebagai penasihat majlis ini dan mempelai mengambil perkhidmatan Kelengkapan Dewan, Katering, PA Sistem, Pengacara Majlis dan juga Tarian Perkahwinan Kanak-kanak.

Berikut gambar pada majlis perkahwinan Hafiz dan Ella yang berlangsung pada 9 Julai 2011 ini:

1. Khidmat Katering Isda Creative.




2. Khidmat PA Sistem Majlis Perkahwinan


3. Khidmat Pengacara Majlis (Kami juga ada Pengacara Majlis Wanita)


4. Khidmat Tarian Majlis Perkahwinan.


Tahniah di ucapkan kepada pasangan Hafiz dan Ella serta ahli keluarga mereka.

Tuesday, June 21, 2011

Promosi Pakej PA Sistem + 3 Tarian RM 800.00

Bersempena Bulan Ramadhan yang bakal Menjelang tiba, Isda Creative menawarkan pakej PA Sistem + 3 Tarian Promosi dengan harga RM 800.00 harga asal RM 550.00 + RM400.00 sahaja. Promosi ini adalah berkuatkuasa untuk tempahan dan booking sepanjang bulan Ramadhan, iaitu bulan Ogos ini. Ini bermakna, setiap tempahan dan booking yang dibuat pada bulan Ogos, layak mendapat pakej promosi ini. Jadi, cepat booking untuk mendapatkan pakej promosi ini.

Syarat lain untuk mendapat pakej promosi ini adalah, majlis perkahwinan anda mestilah berlangsung pada tahun ini juga, iaitu tahun 2011. Jika majlis anda pada tahun 2012, anda tidak layak mendapat pakej Promosi ini.

Melalui Pakej Promosi PA Sistem dan Tarian Perkahwinan Ogos ini, anda akan dapat:
1. Set PA Sistem Berkomputer.
2. DJ Berpengalaman
3. Set Karaoke.
4. 3 Jenis Tarian (Menyambut, Bersanding dan Makan Beradab)

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej ini, sila ke email ke admin@isdacreative.com atau hubungi - Razis 016-337 5579  atau Ashidah 010 - 435 6810.

**Tarikh yang sudah penuh (Sudah Dibooking):

- 12 November 2011
- 13 November 2011
- 19 November 2011
- 20 November 2011

Monday, June 13, 2011

Lokasi Food Testing Isda Creative Pada 19 June 2011

Wednesday, June 8, 2011

Pakej Katering Perkahwinan Di Isda Creative

Isda Creative telah membuka satu lagi perkhidmatan terbaru iaitu Perkhidmatan Katering untuk Majlis Perkahwinan dan lain-lain majlis keraian. Perkhidmatan ini di bawah bumbung Isda Catering Services.

Khidmat Katering Isda ini di bawah khidmat nasihat saudara Ameer yang sebelum ini bertindak sebagai Chef di salah sebuah pusat peranginan terkemuka negara ini.

Beliau berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam bidang masakan ini dan berbekalkan pengalaman ini, kami berkeyakinan bahawa makanan dan sajian yang disediakan bakal memuaskan hati pelanggan.

Pakej Katering ini menerima tempahan minima 100 pax untuk majlis keraian biasa dan 200 pax untuk majlis perkahwinan. Pakej yang di tawarkan pula bermula dari RM 8.90 dengan 6 menu asas katering.

Untuk maklumat dan informasi berkaitan menu dan pakej yang ditawarkan oleh Isda Catering Services, boleh layari laman yang dibuat khas untuk perkhidmatan katering ini. Isda Catering Services

Berita Baik Untuk Bakal Pengantin,

Kami akan melakukan Food Testing Pada 25 September 2011. Jika berminat untuk Food Testing, sila SMSkan nama anda dan pasangan ke 016-337 5579 atau 010 435 6810.

Tuesday, April 19, 2011

Perkhidmatan PA Sistem Dan Kompang Di Bandar Bkt Puchong

Perkhidmatan ini bersempena majlis perkahwinan Intan dan Suaminya saudara Azrain. Majlis berjalan lancar dan kami sebagai krew PA Sistem dan penggerak majlis ini sangat berbangga dan berpuas hati kerana dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik utk pelanggan kami. Sesuai dengan motto kami " Yang Terbaik Untuk Anda"

Saksikanlah antara gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan dan koleksi kami:







Majlis juga dihiburkan dengan nyanyian pengantin dengan Lagu Dia - Hattan. Memang rock pengantin lelaki nie.


Mak pengantin boleh geng ngan menantu die. Suara mak pengantin nie pun power jugak. Nyanyi lagi Khatijah Ibrahim.

Sekian,
Inginkan Perkhidmatan Kami? Layari laman-laman yang tertera untuk pakej yang kami sediakan.

Saturday, April 9, 2011

Pakej Lengkap Di Pusat Komuniti Bukit Damansara - 8 April 2011

Pakej Lengkap ini berlangsung pada 8 April 2011 bertempat di Pusat Komuniti Bukit Damansara sempena majlis perkahwinan Azreen dan Pasangannya.

Kami memberikan perkhidmatan Pakej Lengkap Hiburan Perkahwinan Isda Creative untuk majlis penuh bersejarah ini.






Tahniah diucapkan kepada Azreen dan pasangannya dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Monday, March 21, 2011

Video Terbaru Isda Creative di Youtube.

Isda Creative telah mengupload 2 lagi video terbaru Persembahan Tarian Majlis Perkahwinan di youtube.com. Persembahan ini dirakam semalam iaitu 20hb March 2011 bertempat di Dewan Delima, Kepong. Video ini diambil ketika penari Isda Creative mempersembahkan tarian dengan lagu iringan Kenek Kenek Udang dan Tari Tualang Tiga.

Tarian ini dipersembahkan ketika pengantin sedang bersanding di atas pelamin yang tersergam indah. Mari saksikan video persembahan tarian perkahwinan kami ini.


Video Tarian Perkahwinan dengan Iringan Lagu Kenek-Kenek Udang.




Video tarian perkahwinan dengan iringan lagu tari Tualang Tiga:




Jika berminat dengan perkhidmatan kami, sila ke halaman hubungi kami atau isi borang yang ada di bawah blog ini.

Sunday, March 20, 2011

Tarian di Dewan Delima, Kepong

Antara gambar yang sempat diambil semasa persembahan tarian kami di perkahwinan mempelai, anak kepada en Samsudin bertempat Dewan Delima, Kepong. Landmarknya, belakang Brem Mall Kepong.











Friday, March 18, 2011

Persembahan Tarian di Dewan Presint 8, Putrajaya





Isda Creative Mengiklan di Kahwin Mall

Satu lagi perkembangan Isda Creative iaitu kami secara rasminya telah menjadi pengiklan di Kahwinmall.com bermula hari ini. Ini bertujuan untuk mengembangkan lagi perkhidmatan yang kami tawarkan seterusnya dapat mewar-warkan perkhidmatan yang kami tawarkan kepada bakal pengantin.

Ini die banner iklan kami di kahwinmall.com



Carilah iklan kami dilaman Kahwinmall dan sudi-sudilah melawat seterusnya melanggan perkhidmatan kami. Untuk yang pertama kali melawat blog Isda Creative ini, kami menawarkan perkhidmatan PA Sistem berkaraoke dan berpengacara majlis serta berpenyanyi. Lengkap, 1 perkhidmatan yang merangkumi 4 jenis kami tawarkan. Kedua, kami juga ada menyediakan tarian untuk majlis perkahwinan dan apa2 majlis sekalipun. Ketiga dan keempat adalah kompang dan silat juga untuk majlis perkahwinan mahupun apa-apa majlis.

Snap Shot di kahwinmall.com

Keempat-empat perkhidmatan ini boleh dikatakan Pakej Lengkap untuk memastikan majlis anda berjalan dan berlangsung dengan meriah. Tanpanya, perkahwinan anda menjadi sunyi jer. Jadi, jangan malu dan jangan segan untuk bertanya tentang perkhidmatan kami melalui Form Pertanyaan dibawah atau laman Hubungi Kami. Kami jamin, harga kami adalah yang terbaik setakat ini.

Sekian dari Isda Creative.

Sunday, March 6, 2011

Persembahan Tarian di Dewan UIA , PJ

Persembahan tarian di dewan Raja Faisal, UIA PJ.




Perkhidmatan PA Sistem dan Tarian di Club House Sri Damansara

Perkhidmatan PA Sistem berkaraoke, Pengacara Majlis dan tarian di majlis perkahwinan Sheila dan suami pada 5 Mac 2011 yang lalu di Club House Sri Damansara.




Popular Posts