Friday, January 14, 2011

Isda Creative Consulting

Isda Creative Consulting merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan consulting atau khidmat nasihat dalam pelbagai bidang. Antaranya dalam perkhimatan perancangan perkahwinan, motivasi, urusan jual beli dan pelbagai lagi kepakaran dalam khidmat nasihat.

Untuk perkhidmatan perancangan perkahwinan, Isda Creative mempunyai pelbagai perkhidmatan antaranya Persembahan di majlis perkahwinan yang merangkumi Tarian, Kompang, dikir barat, Silat dan lain-lain lagi. Manakala dari segi teknikal pula, Isda Creative juga ada menyediakan perkhidmatan PA sistem dan pengacaraan, khidmat canopy, katering dan juga hiasan pelamin.

Untuk menjadikan Isda Creative sebagai syarikat yang berdaya saing, kami sentiasa melakukan perubahan dan pembaharuan demi menjadikan Isda Creative sentiasa menjadi pilihan dihati pelanggan. Kami sentiasa mengamalkan budaya "Yang Terbaik adalah untuk anda". 


Kami juga menyediakan pakej lengkap untuk persembahan perkahwinan dengan menyediakan pakej PA Sistem Berkaraoke, Pengacara Majlis, Penyanyi, Persembahan Tarian, Persembahan Silat dan juga Persembahan kompang. Pakej ini amat bersesuian untuk majlis perkahwinan dan pakej ini semestinya akan menjadikan majlis perkahwinan anda satu kenangan yang tak dapat dilupakan oleh anda dan juga para tetamu. Pakej ini juga disertakan dengan perkhidmatan percuma dari kami iaitu kami akan menjadi Koordinator Majlis Perkahwinan anda. Kami akan bertindak sebagai pelaksana majlis perkahwinan dan kami akan memastikan aturcara majlis anda berjalan lancar. Jika berminat bolehlah singgah ke laman Pakej Lengkap Persembahan Majlis Perkahwinan kami.

Popular Posts